Wednesday, 6 July 2011

petua LEMBUTKAN HATI

Hari tu aku ada tengok Tanyalah Ustaz tapi yang ulangan punya lah, pukul 12a.m. Aku memang susah sikit bab nak memorize ni, sampai nama ustaz tu yang bagi ceramah 3 hari berturut-turut pon aku tak ingat -.-’

Okayy tak bagos. Sapa ada petua nak kuatkan daya ingatan, sila share ya!

Back to the topic. Ustaz tu bagi petua macam mana nak lembutkan hati. Untuk sapa-sapa saja. Diri sendiri ataupun orang lain. Mesti-harus-wajib selalu amal. Lagi, surah Al Ikhlas. SubhanaAllah, banyaknya manfaat kan.


 


Baca surah Al Ikhlas.

Selepas ayat kedua, iaitu Allahussamad  lintaskan dalam hati dengan apa-apa niat. Ingat! Lintaskan dalam hati bukan dengan menyebut secara lisan.


Kemudian, habiskan bacaan.

Ulang sebanyak 10 kali.


Ada penonton yang call tanya macam mana nak buat kalau anak tu tersangat lah hyperactive, super lasak pastu bila dilarang boleh pulak buat dunno ja. Haihh melampau kot. Nak ja aku sekeh-sekeh. Hilang sifat keibuan. LOLS. Then ada pulak yang tanya macam mana pulak dengan ibu mentua yang macam layan tak layan ja dengan dia. Bukan menantu pilihan la kot, macam Mak Dara dalam cerita dolu-dolu, alaa Kassim Selamat tuu  -.-’

Ustaz tu pon bagilah solution.


Tadah air hujan pada hari Khamis malam Jumaat.

Baca surah Al Ikhlas.

Selepas ayat kedua, iaitu Allahussamad  lintaskan dalam hati dengan apa-apa niat. Ingat! Lintaskan dalam hati bukan dengan menyebut secara lisan.

Kemudian, habiskan bacaan.

Ulang sebanyak 10 kali.

Beri anak atau ibu mentua minum.


InsyaAllah mujarab. Niat kita mestilah ikhlas kan. Allah akan dengar doa hamba yang selalu berdoa kepadaNya. Yang penting, kena lah sabar ya =)


No comments:

Post a Comment