WARNING! entry ni panjang. jangan baca kalau malas :P
Usaha Tak Sia-Sia
Bila kita sebut usaha, pasti ramai yang mengukur kadar usaha itu dengan kejayaannya. Kalau dia berjaya dengan cemerlang, maka manusia akan menyatakan bahawa dia itu berusaha bersungguh-sungguh. Kalau dia tidak berjaya, maka manusia akan menyatakan bahawa dia itu tidak berusaha bersungguh-sungguh. Ini kebiasaan mentaliti insan.
Tetapi saya berpendapat, usaha tidak berkadar terus dengan hasil. Usaha adalah satu perkara lain, dan hasil itu adalah satu perkara lain.
Kenapa?
Sebab usaha di tangan kita, tetapi hasil tetap di tangan Allah SWT.
Sebahagian manusia, ada yang faham akan hal ini. Tetapi mereka berkata pula:
"Kalau macam itu, tak payah usaha. Semua Allah dah susun."
Em..Betul ke?
Saya setuju bahagian yang Allah susun itu. Tapi bahagian 'tak payah usaha' itu, saya tak setuju.
Sesungguhnya, orang beriman itu amat dikasihi oleh Allah SWT. Kenapa?
Kerana keimanan mereka telah mendekatkan jarak mereka dengan Allah SWT. Orang yang beriman, dia sentiasa yakin kepada Allah SWT, dia sentiasa bersangka baik, dia tidak akan sesekali menyangka bahawa Allah SWT itu menzaliminya.
Jadi, apabila Allah SWT mengarahkannya untuk berusaha, maka orang beriman akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam lapangan pekerjaannya. Tanpa, meletakkan natijah sebagai matlamat utamanya.
Ada perbezaan antara dua manusia ini:
1. Kenapa studi? "Saya studi sebab nak dapat 11 A1"
2. Kenapa studi? "Saya studi sebab Allah suruh, dan belajar itu difardhukan di dalam Islam"
Bagi orang 1, apabila dia tidak mendapat 11 A1, dia akan menghadapi satu kejatuhan. Dia merasakan dia tidak berjaya. Dia merasakan usahanya selama ini adalah sia-sia. Secara tidak langsung, sedih akan menyentuhnya.
Tetapi, bagi orang 2, jika dia menyebutnya dalam keadaan dia faham dan beriman, keputusan apa pun yang dia dapat, dia tetap akan tenang dan bersangka baik kepada Allah SWT. Berbelas/berpuluh A bukan matlamatnya studi, tetapi dia studi kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai hamba kepada Allah SWT. Maka, hasil di akhir usahanya, itu semua adalah pemberian Allah SWT. Dan dia tahu, Allah SWT itu tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya, dan Allah SWT itu tidak akan sesekali menzalimi hamba-hamba-Nya. Tidak akan ada kekecewaan dalam kehidupannya.
Itu contoh rekaan saya. Saya hendak mengajak anda melihat beberapa figur dalam kehidupan manusia, yang menjadi contoh kepada analogi orang 2 saya.
Kita lihat Utusan Allah SWT Nuh AS dan Rasulullah SAW. Mereka berdua ini, ada persamaan dalam kekuatan penyebaran agama Allah SWT kepada ummah.
Nabi Nuh AS menyebarkan dakwah 950 tahun tanpa jemu, dan Rasulullah SAW pula menyebarkan dakwah tanpa henti-henti walaupun diancam, diseksa, ditekan dari pelbagai arah.
Kalau kita perhatikan, dari manakah sumber kekuatan mereka untuk berusaha?
Iman. Kekuatan para Nabi adalah keimanan mereka yang tinggi. Keimanan ini yang tidak menggugah dan tidak menggoncangkan pendirian mereka.
Mereka faham bahawa, tugas mereka adalah menyampaikan, bukannya memberikan hidayah. Memberikan hidayah adalah urusan Allah SWT. Tanggungjawab mereka adalah menyampaikan amanah Allah, dan mentarbiyah insan. Sebab itu, mereka tidak mengalah apabila manusia menjauhkan diri dari mereka, memusuhi mereka, dan berusaha membunuh mereka.
Nabi Nuh tidak menyatakan usahanya selama 950 tahun itu sia-sia hanya kerana, dalam 950 tahun itu, 83 orang sahaja mengikutinya. Dia telah menjalankan tugasnya. 83 itu adalah natijah yang Allah SWT berikan kepadanya. Dan itulah yang terbaik. Kenapa terbaik? Kerana ia datang daripada Allah SWT.
Orang biasa, mungkin akan melihat angka 1000 itu lebih baik dari 83. Tetapi apalah ukuran manusia jika hendak dibandingkan dengan ukuran Allah SWT? Allah SWT Maha Tahu dan kita adalah hamba-Nya. Kita beriman kepada Allah SWT, dan segala natijah yang diberikan oleh Allah itu kita redai. Kerana kita tahu bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi kita, dan kita yakin Allah SWT itu Maha Tahu akan segala hal, baik dan buruknya.
Rasulullah SAW pula tidak berputus asa pada awal period dakwahnya yang sukar. Dia tidak mengalah selepas dibaling batu di Taif. Dia tidak pula rasa ralat dengan keadaan keluarganya dari Bani Hasyim, bani Quraisy, penduduk Makkah yang memusuhinya hanya kerana dia membawa agama Allah SWT. Hal ini kerana, Rasulullah SAW faham bahawa tanggungjawabnya adalah berusaha. Natijah adalah daripada Allah SWT.
Sebab itu, Rasulullah SAW mampu menerima pemergian Abu Talib dalam keadaan tidak beriman kepada Allah SWT. Kesedihannya, bukan kerana dia tidak redha kepada Allah SWT yang menarik Abu Talib dalam keadaan tidak beriman. Kesedihannya ketika pemergian Abu Talib itu, adalah kerana baginda sesalkan yang Abu Talib tidak akan ada sesiapa mampu membelanya di hari kiamat nanti. Sebab itu Rasulullah SAW berkata kepada Abu Talib dengan kata-kata yang sebegini:
"Wahai bapa saudaraku, katakanlah satu kalimah yang membolehkan aku membelamu di hari akhirat nanti. Katakanlah Lailahaillah"
Baginda tidak berkata: "Masuklah Islam wahai bapa saudaraku, atau selama ini usahaku kepadamu adalah sia-sia"
Tiada usaha yang sia-sia, apabila kita menggerakkan diri kita untuk berusaha. Segala usaha dikira oleh Allah SWT. Natijah, itu adalah hadiah daripada Allah SWT untuk kita. Apa pun natijah yang Allah berikan, itu adalah yang terbaik untuk kita.
Justeru, apakah anda masih merasa malas untuk berusaha?
Berusaha mencapai kecemerlangan, berusaha mencapai yang terbaik, berusaha menjadi hamba Allah SWT yang terbaik, adakah anda masih merasa malas?
Tahukah bila seseorang manusia itu boleh berhenti berusaha?
Selepas dia mati.
Sumber Text: Langit Ilahi iluvislam.com
***
Artikel yang aku ambik dari iluvislam.com Tajuk pon dah interesting kan? Ya, aku tersangatlah setuju dengan apa yang penulis tu dah ulas. Dengan contohnya lagi, memang sesuai. Terjaga dari lena, tersentak dari lamunan. Ewahh. Tulisan tu semacam dah menyuntik semangat and it was like,
“WAKE UP JAJA AND STOP DREAMING!”
Kebetulan pulak aku ada tengok Tanyalah Ustazah kat TV9, ada email soalan yang lebih kurang dengan artikel tu. Okay I’m not that type of wahh-baiknya-asyik-tengok-rancangan-islamic or ceh-poyo-je-nak-tunjuk-baik-heh. I mean, aku tengok untuk tambahkan ilmu, tampal yang mana dah habis glue dan nak share. Tak salah kan? Eh eh mari proceed dengan soalan tadi. Sini aku ringkaskan, that girl tanya kenapa dia beribadat segala plus usaha study even harder compared to masa sekolah (she was an excellent student) tapi asyik failed ja? Padahal kawan dia yang tak penah solat dapat flying colours result, dah tu consistent pulak tuh. Kenapa kenapaaaaa??? Okay okay tipu. Tu aku yang emo
-___________-”
Ustazah yang cantik lagi cool tu jawab simple ja.
“Allah takkan uji hambaNya kalau Dia tau yang seseorang tu tak mampu.” Yes, I agree.
“Allah nak uji kita sebab mungkin kadangkala kita terleka dengan nikmatNya, supaya kita kembali ke jalanNya. Dan Dia juga nak uji umat yang lupa padaNya sama ada terus hanyut dengan nikmatNya atau kembali bertaubat.” Yes, absolutely agree.
Lagi ustazah tu cakap yang kita kalau beribadat mesti niat kerana Allah. Bukan nak harap balasan semata. Kalau tak, ibadat kita tak consistent. Bila nak exam, takut tak boleh jawab baru nak solat, bila ada masalah penuh otak baru nak solat. Macam dah common kan. Aku pon teringat la my current result yang drop kalau compare dengan sem lepas. Dah terang lagi bersuluh kot effort aku kurang, relax semacam. And maybe jugak ibadat aku kurang. Bukan bab solat ataupun mengaji Quran saja, tapi sedekah semua tu tetap ibadat. Ataupun kurang bersyukur dengan nikmatNya. Hmm atau ada yang kita tak perasan. And now, semua kena fix balik. Find the solution. Yang lepas kekal history and we should learn from it. And life must go on. Tak payah nak tunggu new year baru nak renew azam, sekarang pon boleh what? Yang penting ibadat kena seiring dengan usaha. Mesti aim for something and stay focus. Never give up for sure. Yakin dengan Allah. Cepat atau lambat, doa hambaNya akan dimakbulkan, InsyaAllah. Eh tapi not to ask yang bukan-bukan ya? Okay mari sama-sama kita berubah ya :)
BYE!
No comments:
Post a Comment