Tuesday, 5 July 2011

petua KULIT MUKA HALUS

Okay tengah malam ni aku rajin semacam nak buat second entry so aku nak bagi petua untuk dapatkan kulit halus mulus lagi kemerah-merahan macam mek kelate. Harus cuba okay! Tengok la mokcik-mokcik kat sana, dah tua kerepot *oopss* tapi kulit muka maintain gebu kot. Jealous I okay. 

So mencari la aku petua bagai sebab nak jadi macam mek kelate. Sekali mak aku cakap “Alah senang ja. Guna tomato, putih telur dengan limau nipis. Semua ada dalam peti ais tuu..” adoii I was like, sebab apa mak tak cakap awal-awal? Tak expect pon yang mak aku pro dalam hal ehwal sebegini. Tapi thanks to my mom sebab at least bagitau jugak kan, takda la aku tercari-cari lagi. LOLS.

First, make sure guna tomato yang masak. Masak semasak-masaknya.
“Eh tapi kalau yang masak sikit-sikit boleh tak?” Haii aku cakap semasaknya kan, melawan heh! Bukan apa, tomato masak better sebab lembik kan, senang nak di penyet-penyet macam ayam penyet tu. Sedapnya bila teringat. Dah lama tak makan. Last time aku makan kat kedai tu, ingat franchise yang aku makan before ni sebab billboard, pics dalam menu tu almost the same. Tapi hampeh kot. Ciplak. Fake.  Terperasan bila tengok takda Happy Soda. How come? Famous kot. Dah la tak sedap, abis kena boo dengan family aku. Haaihhh -_________-

Eh eh. Dah jauh menyimpang. Proceed please. Second, guna putih telur. Putih saja okay, kalau tercampur dengan kuning telur dimaafkan. Itu pon kalau TER.

Last, guna air perahan limau nipis. Yang ni untuk hilangkan bau hanyir telur tu. Tak masuk pon boleh tapi boleh ke tahan bau telur tu kat muka? Haha aku okay ja kot sebab nak cantik. LOLS.

Mula-mula ye puan-puan *ewahh perasan dalam show masak-masak kat tv* kita potong tomato ya. It depends la nak buat berapa potong tapi aku selalu guna ¼ ja for each time. Kalau potong besar-besar, membazir. Nak guna sikit ja pon. Almaklum la tengah melatih diri untuk berjimat, semua benda aku nak jimat hehe. Then, ambik yang ¼ tu potong halus-halus. Sebab nanti senang nak penyet atau ramas. Bagi hancur tau. Air tomato tu penting. 

Pastu dalam mangkuk tu masuk putih telur. Sebijik dah la. Jangan nak over haha nanti tegang sangat muka mengalahkan botox! 

Lastly, potong half limau nipis dan picit nak dapatkan air perahan tu.

Kacau semua tu the apply kat muka. Alaa macam pakai masker tuh. Haa kalau ada berus lagi nice. Rata ja sapuan tu. Biarkan kering sampai 20-30 minit baru bilas. Lagi bagos kalau dengan air suam. And taadaaa! Anda akan berasa segar bugar tapi jangan mengada sampai selang sejam nak pakai masker. Pakai sekali setiap hari would be better. Tapi kalau tak habis campuran tu, sila simpan dalam peti ais untuk digunakan keesokan harinya. JIMAT itu penting. haha.

NOTE: sebarang kejadian yang tak diingini aku tak tanggung paham?! Serius nih. Aku pakai okay ja kot. And mak aku pon tegur, sunburn dah hilang, kulit dah tak kusam. Wahh ini bagos =D

SELAMAT MENCUBA!


No comments:

Post a Comment