Sunday, 17 July 2011

Pagi ini, aku terhiris jari.
Pedih!
Tapi tak mengapa.
Pedih lagi hatiku ini. Omel aku sendiri.

Cecair merah lalu mengalir. Pekat.
Dan terus mengalir, laju.
Umpamanya titisan jernih ini. Terus sahaja alirannya. Tiada sekatan.

Kemudian? Tiada tindakan.
Biarkan. Biarkan saja.
Puas nanti, berhenti lah. Getus hati ini.

Tapi sampai bila?
Bungkam. Aku tiada jawapan.


No comments:

Post a Comment