Monday, 25 July 2011
'Sad Song'
the song.. named as the sad song. for the broken heart.
Sunday, 17 July 2011
Pagi ini, aku terhiris jari.
Pedih!
Tapi tak mengapa.
Pedih lagi hatiku ini. Omel aku sendiri.
Cecair merah lalu mengalir. Pekat.
Dan terus mengalir, laju.
Umpamanya titisan jernih ini. Terus sahaja alirannya. Tiada sekatan.
Kemudian? Tiada tindakan.
Biarkan. Biarkan saja.
Puas nanti, berhenti lah. Getus hati ini.
Tapi sampai bila?
Bungkam. Aku tiada jawapan.
Thursday, 14 July 2011
someone said, "as time change and people do change"
then i asked, "but the routine should remain the same right?"
sebab routine kan benda yang kita repeat for every single day. perlu ke berubah? if so, kenapaaa???
*sigh* -________-
then i asked, "but the routine should remain the same right?"
sebab routine kan benda yang kita repeat for every single day. perlu ke berubah? if so, kenapaaa???
*sigh* -________-
Sunday, 10 July 2011
Petua Mendapat Pasangan
interesting and useful. taken from petua mendapat pasangan
cuba teliti..
cuba teliti..
| 1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya. 2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda. 3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh. 4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda. 5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif. 7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda. 8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting. 9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda. 10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta. 11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang. 12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya. 13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan). 14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan. 15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan. 16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri. 17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa. 18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita. 19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita. 20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci. 21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain. 22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut. 23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut. 24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya. 25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan. 26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita. 27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan. 28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya. 29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan. 30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama. 31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi. 32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak. 33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas. 34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya. 35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya. 36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut. 37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya. 38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya. 39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita. 40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama. 41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda. 42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda. 43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai. 44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda. 45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai. 46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa. 47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita. 48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda. 49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri. 50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik. 51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin. 52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan di samping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak. 53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi. 54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi. 55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan. 56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita. 57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya. 58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya. 59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri. 60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat. ada part yang buat kita realize something kan. so why should we try to change in order to be the best, or to fix something in order to suit the situation.. well, it's good to be in a better way =) |
Saturday, 9 July 2011
“Yes, I forgive you..”
Malam ni overall Tanyalah Ustaz (ulangan) cakap pasal maaf. Meminta maaf. Memberi kemaafan. Kuasa kemaafan. Macam awkward kan cakap maaf? Sebab kita dah familiar dengan “I’m sorry”, “My apology”. But I think kalau kita sebut maaf sounds deep. Full of sincerity. That is just my point of view lah, nak memartabatkan bahasa ibunda lah katakan. Hehe. Anyway, it’s the same thing. As long as kita memang ikhlas mintak maaf. Ada yang ego, taknak mintak maaf.
“Kau lah mintak maaf. Kenapa aku pulak?”
“Memang patut kau mintak maaf sebab kau yang start”
See, masing-masing taknak mengalah. At last, bertumbuk. Bila nak settle ni heh? So kita mesti sedar salah kita, mintak maaf. Seikhlas hati. Eh eh jangan pulak selang seminit nak say sorry. Nampak macam maaf kita tu murah sangat. Bila-bila pon boleh buat salah sebab boleh mintak maaf. Meaningless right?
Tapi kalau memaafkan pulak? Ikhlas ke terpaksa? Atau sebab kesian?
“Alaa kesiannya tengok muka dia, tak sampai hati pulak nak marah..” haa tak ikhlas okay.
Kita memaafkan bukan bermaksud kita menghalalkan perbuatan seseorang. Tapi sebagai simbol kita tidak berdendam. Kadang-kadang kita macam susah sangat nak memaafkan. Rasa sakit hati. Ada dendam. Cepat-cepat kita kena pikir rasional, Rasullullah saw pon ampunkan umat. Kita, sesama umat, susah nak memberi maaf. Sebab ada pihak ketiga, asyik menghasut. Memang suka sangat kalau tengok kita nak bergaduh. Asalnya kan dari api. Memang meluap-luap panas tu.
Ustaz tu cakap, kalau kita marah ketika berdiri, kena duduk. Kalau tengah duduk, baring atau sujud. Tapi selalunya nak padamkan api, mesti guna air kan. So, ambik wuduk. =)
Okayy, mari ikhlaskan hati, cakap “Saya dah maafkan awak..”
Kalau still awkward, “Yes, I forgive you..”
Tunjukkan kita ikhlas.
Bila ada orang kutuk belakang kita, tapi kat depan kita pulak type of alahai-baiknya-pijak-semut-tak-mati. Abaikan. Dalam hati, Alhamdulillah. Kita maafkan dia even dia tak penah pon mintak maaf. Allah swt lebih mengetahui kan.
Bukan senang nak berubah, tapi untuk kebaikan why not? Hati senang, kepala pon tak sakit =)
P/S : Maybe ada ja yang pikir aku bajet baik. But who cares? ALHAMDULILLAH =)
Friday, 8 July 2011
As i counted, the things remain unchanged.
yea, it's a month already.
nothing seems to be different.
and it hurts a lot..
i can always be here, for sure.
u can count on me.
but is there any guarantee for a miracle?
yet, i still dont have the answer =(
Wednesday, 6 July 2011
petua LEMBUTKAN HATI
Hari tu aku ada tengok Tanyalah Ustaz tapi yang ulangan punya lah, pukul 12a.m. Aku memang susah sikit bab nak memorize ni, sampai nama ustaz tu yang bagi ceramah 3 hari berturut-turut pon aku tak ingat -.-’
Okayy tak bagos. Sapa ada petua nak kuatkan daya ingatan, sila share ya!
Back to the topic. Ustaz tu bagi petua macam mana nak lembutkan hati. Untuk sapa-sapa saja. Diri sendiri ataupun orang lain. Mesti-harus-wajib selalu amal. Lagi, surah Al Ikhlas. SubhanaAllah, banyaknya manfaat kan.

Baca surah Al Ikhlas.
Selepas ayat kedua, iaitu Allahussamad lintaskan dalam hati dengan apa-apa niat. Ingat! Lintaskan dalam hati bukan dengan menyebut secara lisan.
Kemudian, habiskan bacaan.
Ulang sebanyak 10 kali.
Ada penonton yang call tanya macam mana nak buat kalau anak tu tersangat lah hyperactive, super lasak pastu bila dilarang boleh pulak buat dunno ja. Haihh melampau kot. Nak ja aku sekeh-sekeh. Hilang sifat keibuan. LOLS. Then ada pulak yang tanya macam mana pulak dengan ibu mentua yang macam layan tak layan ja dengan dia. Bukan menantu pilihan la kot, macam Mak Dara dalam cerita dolu-dolu, alaa Kassim Selamat tuu -.-’
Ustaz tu pon bagilah solution.
Tadah air hujan pada hari Khamis malam Jumaat.
Baca surah Al Ikhlas.
Selepas ayat kedua, iaitu Allahussamad lintaskan dalam hati dengan apa-apa niat. Ingat! Lintaskan dalam hati bukan dengan menyebut secara lisan.
Kemudian, habiskan bacaan.
Ulang sebanyak 10 kali.
Beri anak atau ibu mentua minum.
InsyaAllah mujarab. Niat kita mestilah ikhlas kan. Allah akan dengar doa hamba yang selalu berdoa kepadaNya. Yang penting, kena lah sabar ya =)
Tuesday, 5 July 2011
petua KULIT MUKA HALUS
Okay tengah malam ni aku rajin semacam nak buat second entry so aku nak bagi petua untuk dapatkan kulit halus mulus lagi kemerah-merahan macam mek kelate. Harus cuba okay! Tengok la mokcik-mokcik kat sana, dah tua kerepot *oopss* tapi kulit muka maintain gebu kot. Jealous I okay.
So mencari la aku petua bagai sebab nak jadi macam mek kelate. Sekali mak aku cakap “Alah senang ja. Guna tomato, putih telur dengan limau nipis. Semua ada dalam peti ais tuu..” adoii I was like, sebab apa mak tak cakap awal-awal? Tak expect pon yang mak aku pro dalam hal ehwal sebegini. Tapi thanks to my mom sebab at least bagitau jugak kan, takda la aku tercari-cari lagi. LOLS.
First, make sure guna tomato yang masak. Masak semasak-masaknya.
“Eh tapi kalau yang masak sikit-sikit boleh tak?” Haii aku cakap semasaknya kan, melawan heh! Bukan apa, tomato masak better sebab lembik kan, senang nak di penyet-penyet macam ayam penyet tu. Sedapnya bila teringat. Dah lama tak makan. Last time aku makan kat kedai tu, ingat franchise yang aku makan before ni sebab billboard, pics dalam menu tu almost the same. Tapi hampeh kot. Ciplak. Fake. Terperasan bila tengok takda Happy Soda. How come? Famous kot. Dah la tak sedap, abis kena boo dengan family aku. Haaihhh -_________-
Eh eh. Dah jauh menyimpang. Proceed please. Second, guna putih telur. Putih saja okay, kalau tercampur dengan kuning telur dimaafkan. Itu pon kalau TER.
Last, guna air perahan limau nipis. Yang ni untuk hilangkan bau hanyir telur tu. Tak masuk pon boleh tapi boleh ke tahan bau telur tu kat muka? Haha aku okay ja kot sebab nak cantik. LOLS.
Mula-mula ye puan-puan *ewahh perasan dalam show masak-masak kat tv* kita potong tomato ya. It depends la nak buat berapa potong tapi aku selalu guna ¼ ja for each time. Kalau potong besar-besar, membazir. Nak guna sikit ja pon. Almaklum la tengah melatih diri untuk berjimat, semua benda aku nak jimat hehe. Then, ambik yang ¼ tu potong halus-halus. Sebab nanti senang nak penyet atau ramas. Bagi hancur tau. Air tomato tu penting.
Pastu dalam mangkuk tu masuk putih telur. Sebijik dah la. Jangan nak over haha nanti tegang sangat muka mengalahkan botox!
Lastly, potong half limau nipis dan picit nak dapatkan air perahan tu.
Kacau semua tu the apply kat muka. Alaa macam pakai masker tuh. Haa kalau ada berus lagi nice. Rata ja sapuan tu. Biarkan kering sampai 20-30 minit baru bilas. Lagi bagos kalau dengan air suam. And taadaaa! Anda akan berasa segar bugar tapi jangan mengada sampai selang sejam nak pakai masker. Pakai sekali setiap hari would be better. Tapi kalau tak habis campuran tu, sila simpan dalam peti ais untuk digunakan keesokan harinya. JIMAT itu penting. haha.
NOTE: sebarang kejadian yang tak diingini aku tak tanggung paham?! Serius nih. Aku pakai okay ja kot. And mak aku pon tegur, sunburn dah hilang, kulit dah tak kusam. Wahh ini bagos =D
SELAMAT MENCUBA!
manfaat Surah Al-Ikhlas
i got this from someone yang tak tau sapa sebab kan asyik forward ja -.-' tapi whoever the person is, dia memang ada nawaitu nak share kan, so it doesnt matter lah.
and i think it is better to be shared =)
ada macam-macam tapi mostly ada cakap pasal manfaat kalau kita selalu amalkan Surah Al-Ikhlas.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
- Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang dirumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
- Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
- Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
- Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :Siapakah antara kamu yang dapat khatam Quran dalam jangka masa 2-3 minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Quran dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.
- Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya - Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
- Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
- Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
- Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Saturday, 2 July 2011
ibadat-usaha-tawakal
WARNING! entry ni panjang. jangan baca kalau malas :P
Usaha Tak Sia-Sia
Bila kita sebut usaha, pasti ramai yang mengukur kadar usaha itu dengan kejayaannya. Kalau dia berjaya dengan cemerlang, maka manusia akan menyatakan bahawa dia itu berusaha bersungguh-sungguh. Kalau dia tidak berjaya, maka manusia akan menyatakan bahawa dia itu tidak berusaha bersungguh-sungguh. Ini kebiasaan mentaliti insan.
Tetapi saya berpendapat, usaha tidak berkadar terus dengan hasil. Usaha adalah satu perkara lain, dan hasil itu adalah satu perkara lain.
Kenapa?
Sebab usaha di tangan kita, tetapi hasil tetap di tangan Allah SWT.
Sebahagian manusia, ada yang faham akan hal ini. Tetapi mereka berkata pula:
"Kalau macam itu, tak payah usaha. Semua Allah dah susun."
Em..Betul ke?
Saya setuju bahagian yang Allah susun itu. Tapi bahagian 'tak payah usaha' itu, saya tak setuju.
Sesungguhnya, orang beriman itu amat dikasihi oleh Allah SWT. Kenapa?
Kerana keimanan mereka telah mendekatkan jarak mereka dengan Allah SWT. Orang yang beriman, dia sentiasa yakin kepada Allah SWT, dia sentiasa bersangka baik, dia tidak akan sesekali menyangka bahawa Allah SWT itu menzaliminya.
Jadi, apabila Allah SWT mengarahkannya untuk berusaha, maka orang beriman akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam lapangan pekerjaannya. Tanpa, meletakkan natijah sebagai matlamat utamanya.
Ada perbezaan antara dua manusia ini:
1. Kenapa studi? "Saya studi sebab nak dapat 11 A1"
2. Kenapa studi? "Saya studi sebab Allah suruh, dan belajar itu difardhukan di dalam Islam"
Bagi orang 1, apabila dia tidak mendapat 11 A1, dia akan menghadapi satu kejatuhan. Dia merasakan dia tidak berjaya. Dia merasakan usahanya selama ini adalah sia-sia. Secara tidak langsung, sedih akan menyentuhnya.
Tetapi, bagi orang 2, jika dia menyebutnya dalam keadaan dia faham dan beriman, keputusan apa pun yang dia dapat, dia tetap akan tenang dan bersangka baik kepada Allah SWT. Berbelas/berpuluh A bukan matlamatnya studi, tetapi dia studi kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai hamba kepada Allah SWT. Maka, hasil di akhir usahanya, itu semua adalah pemberian Allah SWT. Dan dia tahu, Allah SWT itu tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya, dan Allah SWT itu tidak akan sesekali menzalimi hamba-hamba-Nya. Tidak akan ada kekecewaan dalam kehidupannya.
Itu contoh rekaan saya. Saya hendak mengajak anda melihat beberapa figur dalam kehidupan manusia, yang menjadi contoh kepada analogi orang 2 saya.
Kita lihat Utusan Allah SWT Nuh AS dan Rasulullah SAW. Mereka berdua ini, ada persamaan dalam kekuatan penyebaran agama Allah SWT kepada ummah.
Nabi Nuh AS menyebarkan dakwah 950 tahun tanpa jemu, dan Rasulullah SAW pula menyebarkan dakwah tanpa henti-henti walaupun diancam, diseksa, ditekan dari pelbagai arah.
Kalau kita perhatikan, dari manakah sumber kekuatan mereka untuk berusaha?
Iman. Kekuatan para Nabi adalah keimanan mereka yang tinggi. Keimanan ini yang tidak menggugah dan tidak menggoncangkan pendirian mereka.
Mereka faham bahawa, tugas mereka adalah menyampaikan, bukannya memberikan hidayah. Memberikan hidayah adalah urusan Allah SWT. Tanggungjawab mereka adalah menyampaikan amanah Allah, dan mentarbiyah insan. Sebab itu, mereka tidak mengalah apabila manusia menjauhkan diri dari mereka, memusuhi mereka, dan berusaha membunuh mereka.
Nabi Nuh tidak menyatakan usahanya selama 950 tahun itu sia-sia hanya kerana, dalam 950 tahun itu, 83 orang sahaja mengikutinya. Dia telah menjalankan tugasnya. 83 itu adalah natijah yang Allah SWT berikan kepadanya. Dan itulah yang terbaik. Kenapa terbaik? Kerana ia datang daripada Allah SWT.
Orang biasa, mungkin akan melihat angka 1000 itu lebih baik dari 83. Tetapi apalah ukuran manusia jika hendak dibandingkan dengan ukuran Allah SWT? Allah SWT Maha Tahu dan kita adalah hamba-Nya. Kita beriman kepada Allah SWT, dan segala natijah yang diberikan oleh Allah itu kita redai. Kerana kita tahu bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi kita, dan kita yakin Allah SWT itu Maha Tahu akan segala hal, baik dan buruknya.
Rasulullah SAW pula tidak berputus asa pada awal period dakwahnya yang sukar. Dia tidak mengalah selepas dibaling batu di Taif. Dia tidak pula rasa ralat dengan keadaan keluarganya dari Bani Hasyim, bani Quraisy, penduduk Makkah yang memusuhinya hanya kerana dia membawa agama Allah SWT. Hal ini kerana, Rasulullah SAW faham bahawa tanggungjawabnya adalah berusaha. Natijah adalah daripada Allah SWT.
Sebab itu, Rasulullah SAW mampu menerima pemergian Abu Talib dalam keadaan tidak beriman kepada Allah SWT. Kesedihannya, bukan kerana dia tidak redha kepada Allah SWT yang menarik Abu Talib dalam keadaan tidak beriman. Kesedihannya ketika pemergian Abu Talib itu, adalah kerana baginda sesalkan yang Abu Talib tidak akan ada sesiapa mampu membelanya di hari kiamat nanti. Sebab itu Rasulullah SAW berkata kepada Abu Talib dengan kata-kata yang sebegini:
"Wahai bapa saudaraku, katakanlah satu kalimah yang membolehkan aku membelamu di hari akhirat nanti. Katakanlah Lailahaillah"
Baginda tidak berkata: "Masuklah Islam wahai bapa saudaraku, atau selama ini usahaku kepadamu adalah sia-sia"
Tiada usaha yang sia-sia, apabila kita menggerakkan diri kita untuk berusaha. Segala usaha dikira oleh Allah SWT. Natijah, itu adalah hadiah daripada Allah SWT untuk kita. Apa pun natijah yang Allah berikan, itu adalah yang terbaik untuk kita.
Justeru, apakah anda masih merasa malas untuk berusaha?
Berusaha mencapai kecemerlangan, berusaha mencapai yang terbaik, berusaha menjadi hamba Allah SWT yang terbaik, adakah anda masih merasa malas?
Tahukah bila seseorang manusia itu boleh berhenti berusaha?
Selepas dia mati.
Sumber Text: Langit Ilahi iluvislam.com
***
Artikel yang aku ambik dari iluvislam.com Tajuk pon dah interesting kan? Ya, aku tersangatlah setuju dengan apa yang penulis tu dah ulas. Dengan contohnya lagi, memang sesuai. Terjaga dari lena, tersentak dari lamunan. Ewahh. Tulisan tu semacam dah menyuntik semangat and it was like,
“WAKE UP JAJA AND STOP DREAMING!”
Kebetulan pulak aku ada tengok Tanyalah Ustazah kat TV9, ada email soalan yang lebih kurang dengan artikel tu. Okay I’m not that type of wahh-baiknya-asyik-tengok-rancangan-islamic or ceh-poyo-je-nak-tunjuk-baik-heh. I mean, aku tengok untuk tambahkan ilmu, tampal yang mana dah habis glue dan nak share. Tak salah kan? Eh eh mari proceed dengan soalan tadi. Sini aku ringkaskan, that girl tanya kenapa dia beribadat segala plus usaha study even harder compared to masa sekolah (she was an excellent student) tapi asyik failed ja? Padahal kawan dia yang tak penah solat dapat flying colours result, dah tu consistent pulak tuh. Kenapa kenapaaaaa??? Okay okay tipu. Tu aku yang emo
-___________-”
Ustazah yang cantik lagi cool tu jawab simple ja.
“Allah takkan uji hambaNya kalau Dia tau yang seseorang tu tak mampu.” Yes, I agree.
“Allah nak uji kita sebab mungkin kadangkala kita terleka dengan nikmatNya, supaya kita kembali ke jalanNya. Dan Dia juga nak uji umat yang lupa padaNya sama ada terus hanyut dengan nikmatNya atau kembali bertaubat.” Yes, absolutely agree.
Lagi ustazah tu cakap yang kita kalau beribadat mesti niat kerana Allah. Bukan nak harap balasan semata. Kalau tak, ibadat kita tak consistent. Bila nak exam, takut tak boleh jawab baru nak solat, bila ada masalah penuh otak baru nak solat. Macam dah common kan. Aku pon teringat la my current result yang drop kalau compare dengan sem lepas. Dah terang lagi bersuluh kot effort aku kurang, relax semacam. And maybe jugak ibadat aku kurang. Bukan bab solat ataupun mengaji Quran saja, tapi sedekah semua tu tetap ibadat. Ataupun kurang bersyukur dengan nikmatNya. Hmm atau ada yang kita tak perasan. And now, semua kena fix balik. Find the solution. Yang lepas kekal history and we should learn from it. And life must go on. Tak payah nak tunggu new year baru nak renew azam, sekarang pon boleh what? Yang penting ibadat kena seiring dengan usaha. Mesti aim for something and stay focus. Never give up for sure. Yakin dengan Allah. Cepat atau lambat, doa hambaNya akan dimakbulkan, InsyaAllah. Eh tapi not to ask yang bukan-bukan ya? Okay mari sama-sama kita berubah ya :)
BYE!
Friday, 1 July 2011
and ouch!
sometimes the truth may hurt you rite..
=(
=(
Subscribe to:
Comments (Atom)