Monday, 20 June 2011

Sungguh.!

Aku tak biasa,
Bila kamu tidak bertanya tentang diri ini.

Sungguh aku tak biasa,
Bila kamu terus mendiamkan diri.

Aku tak biasa,
Bila tiada senda guraumu.

Sungguh aku tak biasa,
Bila kamu terus membisu.

Aku tak biasa,
Bila wajahmu tidak kutatap.

Sungguh aku tak biasa,
Bila hati sering tersentap.

Aku tak biasa,
Bila kamu tiada untuk membantu.

Sungguh aku tak biasa,
Bila kamu terus membatu...

***

Aku rela,
Andai kamu sering bertanya itu, ini.

Sungguh aku rela,
Andai kamu kembali begini.

Aku rela,
Andai kamu terus berceloteh.

Sungguh aku rela,
Andai kamu bising bagai bertih.

Aku rela,
Andai senyuman terukir setiap hari.

Sungguh aku rela,
Andai itu yang kamu beri.

Aku rela,
Andai kamu setia di sisi.

Sungguh aku rela,
Kerana itu yang aku nanti...


sekadar luahan hati~

BYE!

Monday, 13 June 2011

grrrrrr..!

grrrr.!!! apa tu?? tandanya tu orang tengah marah. marah sangat. macam tahap nak gigit orang. sebab tu ada bunyi pelik macam tu. okay, dah dah. kembali kepada point utama. marah. memang aku tengah MARAH! sakit hati, geram segala sekelompok dengannya tapi sedih. eh, sedih? tetiba pulak out of that 'kelompok'. yup, macam tu lah yang aku rasa. hati masih kacau bilau. memang macam orang gila kan. pernah tak rasa macam nih? kalau yang pernah, mesti paham kan?

 okay, marah adalah point utama. yang lain adalah sampingan.

malas dah nak huraikan lagi. nanti lagi marah.

BYE!

Wednesday, 8 June 2011

the most lazy day ever!

today is 8th of june and oh it's my birthday! hmm guess what? tak rasa nak celebrate pon, doing nothing and at last my ayah bought me a slice of cheese cake. 


and of course it is only a side dish sebab secret recipe's chicken cordon bleu adalah menu utama. HAHA alang-alang dah pergi kan.


well, perut dah kenyang and nak teruskan aktiviti-mengabaikan-diri-sendiri-di-hari-jadi. sebab hati masih kacau bilau. oh hati, bersabarlah!

BYE!